Sunday, June 28, 2009

Bapaku Heroku

Seronok juga menulis dalam bahasa ibunda kali ini.Mulai saat ini, aku nak tulis selang seli.Next post bahasa penjajah pula. Dan seterusnya....Lama juga x update blog,tapi disebabkan kalau berhenti menulis blog tidak akan dapat wang pencen,jadi lebih baik aku teruskan penaipan. Mula-mula aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada bapaku,Mokhtar bin Abd Razak,bapa yang tenang,kacak lagi bergaya. Tak percaya tanya mak aku.Seingat aku,tak pernah sekali pun aku dipukul oleh bapaku,apa maknanya kawan-kawan? Maknanya aku anak yang baik,comel dan bergaya.Sebaliknya,aku yang pernah baling kertas kat bapa aku. Masa kecil dulu, atas alasan gagal mendapatkan "tape game street fighter", aku memperonyokkan kertas,diiringi tangisan bagai puteri,aku menguatkan lagi tangisan ke high note sambil membaling kertas tepat singgah di dahi bapaku.Secara automatik, elemen 3R seperti saranan Kartini DJ HotFM, respek,rilex dan respon dipraktikkan oleh bapaku sejurus kertas mencium dahinya.Dia hanya tersenyum.Fuh, bagus bapaku menggabungkan 3R menjadi satu,SENYUM. Penerbit 3R pun x sekreatif bapaku berjaya menggabungkan elemen ini tanpa sepatah haram perkataan pun.

Forward terus ketika aku darjah 6, hari pengunguman result UPSR,tahun 2000.Mengapa UPSR keluar cepat sangat? Aku mengharapkan pengumuman raya,rupanya UPSR yang keluar dulu. Ditemani bapaku yang kacak seperti anaknya,kami bergerak ke sekolah.Dalam kereta,tiba-tiba ada bau busuk menusuk kalbu hidungku. Tanpa was-was, itu adalah gas hasil cuak+takut+durian yang diterjemahkan dalam erti kata "kentut",dari badanku yang agak tembam ketika itu. Bapaku juga turut merasai seksa baunya, dan bertanya,"Pit kentut ke?", namun kerana malu, dengan pantas aku menidakkan sambil mencadangkan,"babah kot yang kentot!" Padahal dalam kereta hanya ada 2 manusia sahaja, kalau bukan bapaku, pastilah aku namun aku masih menipu dengan berkeyakinan bapaku akan percaya. Kalau sekarang,mungkin jawapan aku ialah,"ada kilang getah lah tepi jalan nie". Sampai di sekolah aku, Sekolah Kebangsaan Tambun,Ipoh,Perak. Lega. Terlepas dari azab bau gas perutku,aku ingat lagi peristiwa ini sebab sebagai catatan, itulah gas perosak paling busuk pernah dikilangkan dalam bentuk bungkusan sesuai untuk menjadi senjata biologi ketenteraan. Kalaulah Dato Najib tahu kekuatan toksik yang ada pada gas itu, pastinya berdas-das gas lagi akan dipesan oleh kerajaan dan pastinya aku senang untuk menunaikan permintaan itu.

Hela nafas ditarik, aku melangkah masuk dewan. Babah tunggu di luar sebab ibu-bapa tak dibenar masuk. Muncullah cikgu kelas aku yang namanya tidak lagi dalam ingatan,memegang mike mengumumkan."Tahniah sekolah kita ada 25 orang dapat 5A,saya akan umumkan satu persatu." Aku duduk di barisan hadapan sebab aku kelas A. Keputusan diumumkan, seperti diduga,sebaris yang duduk dengan aku semua melangkah ke depan,nama mereka diumumkan. Bayangkanlah perasaan aku ketika itu.Tinggal aku seorang saja di barisan hadapan, cuak,ingin rasanya cuak ini ditukarkan kepada beberapa ketul nyahtinja sambil terperap di dalam tandas,duduk dan menunggu nyahtinja seterusnya. Nama ke 19 dari 25."Muhammad Azmi Mokhtar,5A!", teriak guruku. Wah,seperti sirih pulang ke ganggang, seperti memenangi majoriti kerusi DUN Perak, hatiku berbunga-bunga kegembiraan. Otak ku terasa ringan, seperti di alihkan beban yang terpendam dianggarkan beratnya 50 gantang,aku bangun. Suara pertama kedengaran "YESSSS"!! Suara dari luar dewan berkumandang kegembiraan, itulah suara babah yang gagal menahan emosi nya dan menjerit yess sekuat hati dan diperhatikan ibu-bapa lain.

Kawan-kawanku ketawa. Dalam hatiku,"ini tak boleh jadi,babah telah menarik perhatian ramai,siapa pula nak beri perhatian pada aku?" Dalam hati "nak buat ke xnak,nak ke xnak,?". Akhirnya sambil berjalan menuju ke depan, aku menjerit "woowwwwwww", terus ketawa guru dan rakan-rakan. Misi berjaya,perhatian orang ramai kembali beralih pada aku. Berdiri megah, dengan perhatian yang baru dicuri dari babah.Seronok-seronok. Selesai semua, bapaku memelukku dan aku tanya babah "nape babah jerit kuat tadi?". "Pit,bila cikgu umum Muhammad Azmi bin Mokhtar,bukan ke dia ada sebut nama babah jugak,Mokhtar tu.So kirenye macam babah pon dapat 5A lah".Sampai sekarang aku ingat ayat tu, dan ayat itu jugak yang menguatkan semangat aku untuk terus belajar dan berjaya dalam hidup, sebab aku nak nama aku dan babah yang disatukan selama-lamanya ini akan sentiasa berjaya,Amin..MUHAMMAD AZMI BIN MOKHTAR,nama kami,hehe. Setakat ini dulu,ucapan hari bapa.Banyak lagi sebenarnya,tapi nantilah ye sebab di kala ini,Brazil telah menyamakan kedudukan 2-2 dengan USA, amat sukar untuk aku mengalihkan pandangan dari skrin TV sekarang.So, jumpa lagi!




P.S: MAK x ikot sebab mak kerja,babah je amek emergency leave dengan alasan anak sakit. Padahal kami sihat-sihat saje.Ini adalah kisah benar tapi mungkin olahannya agak pelik.Sekian~

6 comments:

neyra said...
This comment has been removed by a blog administrator.
misz A.C.C.A said...

may u'll be a gud dad as ur dad...
i hope n wish so!
citer kamu ini sangat laa best dibace n watkan daku tersenyum sorang2 di pagi bute

hasniza halim said...

not as sleepy as i thought..ingt essay malay mane la..keep it up

hasniza halim said...

not as sleepy as i thought..keep it up

♥♥cHeNta_tiEha♥♥ said...

heyya..

nice story...

eeheheee..


;D

Amizah Azid said...

komen2 di atas seperti kritikan-kritikan juri.. hihi

ye tak ye kan, kite bawak nama ayah skali.. tp kau tak nak kalah, nk jgk woowwwww tarik perhatian ramai.. haha